<<back to PT3

CARA PELAKSANAAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3

1. Bermula tahun 2014, Peperiksaan Penilaian  Menengah Rendah 
    (PMR) diganti dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

2. Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) akan dilaksanakan di peringkat 
    sekolah.

3. Tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 seperti 
    Peperiksaan Menengah Rendah sebelum ini.

4. Sistem Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), pihak sekolah akan 
    mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran 
    itu berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran 
    yang setara disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

5. LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan 
    moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan.

6. Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan 
    dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian 
    bertulis dan ujian lisan.

7. Mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran 
    Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan 
    menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja.

8. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir 
    menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis, ujian 
    amali, projek, kajian lapangan atau kajian kes.

<<back to PT3


Tiada ulasan :

Catat Ulasan