Matapelajaran sejarah sering dianggap sebagai satu matapelajaran yang membosankan. Ramai pelajar mendakwa matapelajaran sejarah adalah matapelajaran yang sukar kerana perlu menghafal dan mengingat fakta yang amat banyak.

Oleh sebab itu cikgu membina blog ini bagi membolehkan pelajar/pengunjung memperoleh maklumat berkaitan dengan matapelajaran sejarah tingkatan 1,2,3,4 dan 5. Pelajar/pengunjung boleh meneroka isi kandungan blog ini bagi menambah pengetahuan serta meningkatkan minat terhadap matapelajaran sejarah.


Sebagai pelajar,anda berhak untuk belajar sejarah dengan cara yang menyeronokkan,santai dan fokus.



Untuk pengetahuan semua, matapelajaran sejarah merupakan matapelajaran/subjek WAJIB lulus pada peringkat SPM sepertimana matapelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu cikgu amat berharap agar para pelajar cikgu dapat menanam minat yang tinggi dalam matapelajaran ini sejak di tingkatan 1 lagi. Moga keputusan yang baik dan cemerlang sentiasa berpihak kepada para pelajar pada setiap peperiksaan/ujian yang diambil.



Terima kasih kepada para pelajar yang sentiasa menunjukkan komitmen yang jitu sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Cikgu juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan guru sejarah dari beberapa sekolah di seluruh Malaysia di atas kesudian mereka menyumbang idea dan bahan untuk menjayakan pembinaan blog ini.




Terima kasih juga buat bekas pelajar cikgu yang pernah menjayakan semua aktiviti bagi matapelajaran sejarah khususnya bekas pelajar tingkatan 5. Kemampuan bekas pelajar cikgu membina bahan-bahan sejarah seperti nota minda, lagu sejarah, video sejarah, slide, pembentangan dan lain-lain lagi telah menjadi pemangkin kepada kejayaan anda dalam matapelajaran sejarah bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.





Cikgu harap pelajar-pelajar lain khususnya pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini (2018) dapat mengambil teladan seterusnya mengulangi komitmen dan kejayaan yang pernah ditunjukkan oleh para pelajar SPM yang lepas.