APAKAH ITU i-THINK?
iTHINK bermaksud innovative thinking
(Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan
kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang
kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM)
serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan
ke seluruh Malaysia.
KENAPA DIADAKAN PROGRAM i-THINK?
Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan
Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian
mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk
mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan
untuk melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran
kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.
Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program
i-THINK
Peta Pemikiran
Peta pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentas kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun.Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.
1. Peta Bulatan (Circle Map)
Peta jenis ini digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan
sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
|
Contoh 1 |
|
Contoh 2 |
2. Peta Buih (Bubble Map)
Peta jenis ini digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi
mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan
deskriptif atau huraian.
|
Contoh 1 |
|
Contoh 2 |
3. Peta Buih Berganda
(Double Bubble Map)
Peta jenis ini
digunakan untuk membanding beza sesuatu.
|
Contoh 1 |
|
Contoh 2 |
4. Peta Pokok (Tree
Map)
Peta jenis ini
digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
|
Contoh 1 |
|
Contoh 2 |
5. Peta Dakap (Brace
Map)
Peta jenis ini
digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama
atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.
|
Contoh 1 |
|
Contoh 2 |
|
Contoh 3 |
6. Peta Alir (Flow
Map)
Peta jenis ini
digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.
7. Peta Pelbagai Alir
(Multi-flow Map)
Peta jenis ini
digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat.
Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah
kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut,manakala bahagian sebelah kanan pula
adalah akibat daripada peristiwa tersebut.
|
Contoh 1 |
|
Contoh 2 |
|
Contoh 3 |
|
Contoh 4 |
8. Peta Titi (Bridge
Map)
Peta jenis ini
digunakan untuk memberi peluang pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi
dengan menggunakan factor perhubungan.
|
Contoh 1 |
|
Contoh 2 |
Tiada ulasan :
Catat Ulasan